Akaun @helpmeunifi Digantung Di X, Pengguna Diminta Berhubung Melalui @unifi Di X

TechnologyDigital
30 Sep 2023 • 12:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telekom Malaysia sebelum ini sedia menawarkan sokongan khidmat pelanggan kepada pengguna Unifi melalui akaun @helpmeunifi di X. Namun, tidak pasti mengapa, tetapi akaun @helpmeunifi dilihat telah digantung pada perkhidmatan media sosial yang dimiliki oleh Elon Musk berkenaan.

Membalas pertanyaan berkenaan dengannya, pihak TM melalui akaun @unifi menyatakan untuk pengguna berhubung dan berkomunikasi melalui akaun @unifi buat sementara waktu ini.

image is not available

Sebelum ini, pada tahun lepas, pihak TM telah menamatkan Unifi Community yang menjadi halaman setempat untuk pelbagai pertanyaan dan rujukan melibatkan produk Unifi. TM ketika itu menamatkannya dan meminta orang ramai berhubung dengan mereka melalui media sosial seperti Facebook.

Mungkin dengan halangan terhadap akaun media sosial seperti di X ini, pihak TM perlu melihat kepada alternatif seperti mewujudkan balik sesuatu yang dibawah kawalan mereka sepenuhnya, atau melihat kepada beberapa alternatif lain dalam menawarkan khidmat pelanggan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved