Akaun Kenyalang AFFIN, Akaun Bank Eksklusif Khas Untuk Anak Sarawak

25 Apr 2025 • 9:39 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Akaun Kenyalang AFFIN: Akaun Bank Eksklusif Khas Untuk Anak Sarawak

Akaun Kenyalang AFFIN, Akaun Bank Eksklusif Khas Untuk Anak Sarawak. Satu inisiatif baharu dari AFFIN Bank telah menarik perhatian ramai, terutamanya rakyat Sarawak. Dikenali sebagai Akaun Kenyalang AFFIN. Ini merupakan akaun simpanan atau semasa serta kad debit/kredit yang khas untuk rakyat Sarawak sahaja – khususnya mereka yang mempunyai huruf “K” pada MyKad.

Ia bukan sekadar produk perbankan biasa, tetapi satu pengiktirafan kepada identiti dan jati diri anak Sarawak, sejajar dengan usaha memperkasakan agenda “Sarawak First” yang diterajui Premier Abang Johari.

image is not available
Akaun Kenyalang AFFIN, Akaun Bank Eksklusif Khas Untuk Anak Sarawak. Sumber foto: Dr Sim Kui Hian

Keistimewaan Akaun Kenyalang AFFIN

Berikut antara ciri-ciri utama yang menjadikan akaun ini unik dan istimewa:

Deposit permulaan sifar – Tiada bayaran diperlukan untuk membuka akaun
Tiada baki minimum – Anda tidak perlu mengekalkan jumlah tertentu untuk memastikan akaun aktif
Kad bank eksklusif – Kad debit atau kredit dengan rekaan istimewa untuk rakyat Sarawak
Pilihan akaun simpanan atau semasa, mengikut keperluan pengguna

Kelayakan Untuk Membuka Akaun

Untuk memohon Akaun Kenyalang AFFIN, pelanggan perlu memenuhi salah satu daripada kriteria berikut:

  1. Anak Sarawak – seperti yang ditunjukkan dengan “K” pada MyKad
  2. Individu yang mempunyai alamat:
    • Kediaman di Sarawak
    • Tempat kerja di Sarawak
    • Institusi pengajian di Sarawak

Dokumen sokongan diperlukan sebagai bukti, seperti:

  • Kad pelajar (Matrix Card)
  • Surat pengesahan dari institusi pengajian
  • Bil utiliti (air, elektrik, telefon)
  • Surat tawaran kerja atau penyata bank

Kriteria Tambahan

  • Jenis Akaun: Akaun peribadi (individu atau bersama)
  • Umur minimum: 18 tahun ke atas
  • Kewarganegaraan: Terbuka kepada Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap, dan Bukan Pemastautin

Bagaimana Untuk Memohon?

Orang ramai boleh memohon Akaun Kenyalang AFFIN dengan:

Mengunjungi laman web rasmi:
➡️ AFFIN Bank – Akaun Kenyalang

Atau hadir ke mana-mana cawangan AFFIN Bank di Sarawak untuk membuat permohonan secara terus.

Disokong Oleh Kerajaan Negeri Sarawak

Perlu diketahui bahawa AFFIN Bank kini dimiliki majoriti oleh kerajaan negeri Sarawak melalui pemilikan 678 juta saham – menjadikan inisiatif ini sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan penglibatan ekonomi rakyat negeri sendiri.

Kenapa Anda Perlu Memilikinya?

Menyokong bank tempatan milik negeri
Tiada caj tersembunyi atau syarat rumit
Simbol kebanggaan sebagai Anak Sarawak
Eksklusif – bukan semua orang layak

Akaun Kenyalang AFFIN bukan sahaja menawarkan kemudahan perbankan, tetapi juga satu penghargaan terhadap identiti Sarawak.

Jika anda seorang anak jati Sarawak, ini masa terbaik untuk memiliki akaun yang dirangka khusus untuk anda.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved