Akaun KWSP Ketiga Untuk Kecemasan Dilaksana April Tahun Hadapan

20 Nov 2023 • 3:54 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Akaun ketiga ataupun akaun fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula dilaksanakan pada April 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Pada bulan Februari 2024 akan diumumkan dividen bagi akaun KWSP dan selepas itu Kementerian Kewangan akan mengumumkan kaedah lebih terperinci mengenai fleksibel akaun yang juga akaun nombor tiga.

“Organisasi yang berkaitan boleh memberikan pandangan mengenai fleksibel akaun ini dan mereka boleh menulis kepada Kementerian kewangan dan juga KWSP,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Seminar Persatuan Keselamatan Sosial ASEAN (ASSA) ke-40, hari ini.

Akaun KWSP ketiga

image is not available

Beliau mengatakan Kementerian Kewangan sedang meneliti perkara itu yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024.

“Kami akan melaksanakannya tetapi perlu ada kaedah tertentu yang tidak terlalu menjejaskan pendapatan rakyat dan ia hanya boleh dikeluarkan waktu kecemasan.

“Apakah maksud kecemasan itu juga akan diperincikan kemudian. Jadi kita tahu bahawa RM145 bilion ringgit dikeluarkan melalui empat kali pengeluaran ketika Covid-19 dan selepas itu kerajaan buat keputusan tidak ada lagi pengeluaran,” katanya.

image is not available

Bagaimanapun, Ahmad mengatakan masih terdapat desakan daripada pelbagai pihak untuk membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP bagi tujuan kecemasan.

“Maka kami akan membuat formula baru iaitu akaun ketiga. Jadi perinciannya kemudianlah. Cadangannya bermula bulan April tahun depan,” tambahnya.

image is not available

EPF logo is seen at EPF building in Kota Damansara. Pix of story Malaysian are ready for retirement. (22/9/2022). — AZHAR MAHFOF/The Star

Sumber: BERNAMA