Akaun Fleksibel akan mula dilaksanakan pada April 2024: Ahmad Maslan

LocalPolitics
20 Nov 2023 • 3:29 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula dilaksanakan pada April 2024.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dividen bagi akaun KWSP akan diumumkan pada bulan Februari 2024 dan selepas itu Kementerian Kewangan akan mengumumkan kaedah lebih terperinci mengenai akaun fleksibel yang juga akaun ketiga.

Jelasnya, pihak yang berkaitan boleh memberikan pandangan mengenai akaun fleksibel ini.

“Organisasi yang berkaitan boleh memberikan pandangan mengenai akaun fleksibel ini dan mereka boleh menulis kepada Kementerian kewangan dan juga KWSP," katanya.

Ahmad berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Seminar Persatuan Keselamatan Sosial ASEAN (ASSA) ke-40, hari ini.

Pada pembentangan Bajet 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses pencarum pada bila-bila masa.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, masih terdapat desakan daripada pelbagai pihak agar membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP pada waktu kecemasan.

"Apakah maksud kecemasan itu juga akan diperincikan kemudian. Jadi kita tahu bahawa RM145 bilion ringgit telah dikeluarkan melalui empat kali pengeluaran ketika Covid-19 dan selepas itu kerajaan buat keputusan tidak ada lagi pengeluaran.

"Maka kami akan membuat formula baru iaitu akaun ketiga. Jadi perinciannya kemudianlah. Cadangannya bermula bulan April tahun depan," katanya. – 20 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved