Dilaporkan akaun media sosial bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir di aplikasi X digodam serta tidak dapat diakses pagi tadi.
Perkara itu dikongsi oleh Pegawai kepada Dr Mahathir, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin yang telah menerima email daripada aplikasi X berhubung kejadian itu dan sedang berusaha mendapatkan akses semula.
Akaun tidak dapat akses
Gambar Hiasan
Saya cuba log masuk semula tetapi tidak dapat. Buat masa ini pihak X beritahu kena tunggu beberapa hari.
Sekarang ini kita cuba untuk mendapatkan semula akses untuk akaun berkenaan.
Hantaran berkaitan wang kripto
Untuk pengetahuan korang, akaun aplikasi X milik Tun Dr Mahathir telah disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab yang membuat satu hantaran iklan berkaitan mata wang kripto.
Walau bagaimanapun, hantaran itu sudah dipadamkan satu jam kemudian. Pegawai kepada bekas PM itu juga akan memaklumkan kepada Tun M berkenaan kejadian itu pada hari esok.