Aplikasi TheNoor Kini Mencapai Lebih 3.7 Juta Muat Turun

TechnologyDigital
6 Feb 2025 • 9:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi yang menampilkan konsep gaya hidup Muslim iaitu TheNoor kini mencapai lebih 3.7 juta jumlah muat turun sejak diperkenalkan pada 2021. Angka itu diumumkan oleh pihak TheNoor sendiri menerusi beberapa kemaskini di media sosial rasmi. Turut dimaklumkan bahawa aplikasi itu telah digunakan oleh pengguna berdaftar dari pelbagai negara. Selain itu menjanjikan peningkatan ciri dan fungsi lebih baik yang secara tentatif dijadualkan untuk dilancarkan sekitar Februari ini.

image is not available

Aplikasi TheNoor mula diperkenalkan oleh usahawan serta selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor pada Januari 2021. Ia menampilkan pelbagai ciri dan fungsi khusus gaya hidup muslim. Antaranya seperti waktu solat, azan, arah kiblat, carian masjid terdekat dan himpunan ayat al-Quran serta terjemahan. Aplikasi turut boleh dimuat turun secara percuma tanpa sebarang iklan dan antara muka yang mesra pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved