Akaun TikTok Kena ‘Banned’, Netizen Dakwa Sebab Video Kieda Bersemuka Pelanggan Komen Crepe Tak Sedap

Entertainment
8 May 2025 • 12:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam kecoh mengenai tindakan usahawan popular Kieda Crepe bersemuka dengan seorang pelanggan selepas menerima komen negatif terhadap produk jualannya.

Tindakan Kieda atau nama penuhnya, Nur Khalieda Yusra yang memuat naik video berjumpa sendiri dengan pelanggan terbabit di akaun TikToknya telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Walaupun ada yang menyokong pendekatan Kieda kerana bertindak tegas untuk mempertahankan perniagannya, namun ada yang menganggap video itu agak keterlaluan kerana seperti memalukan individu tersebut secara terbuka.

Akaun TikTok kena ‘banned’

Dalam perkembangan terbaharu, Kieda memaklumkan dua akaun rasmi TikTok miliknya telah disekat oleh pihak platfrom itu.

Menerusi hantaran Kieda di laman Facebook, kedua-dua akaun TikTok iaitu @kiedacrepepenang dan @kiedacrepepenang2 tidak lagi boleh diakses.

“Allah bagi ujian. Allahurobbi…

“2 akaun serentak kena banned walhal 1 lagi akaun tak live, tak buka apa pun…,” tulisnya.

image is not available

Rata-rata netizen mendakwa ia berpunca daripada laporan orang ramai terhadap video pertemuan Kieda dengan pelanggan terbabit.

Dalam pada itu, netizen juga memberi teguran kepada Kieda agar lebih berhati-hati dalam bertindak balas terhadap komen pelanggan.

image is not available image is not available image is not available

Isu membabitkan Kieda bukanlah yang pertama, namun netizen berharap beliau dapat mengambil kritikan sebagai pembakar semangat, bukan alasan untuk mencetuskan konfrontasi.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.