Akaun TikTok Milik Uyaina Arshad Disekat Secara Kekal Gara-Gara Lantang Bersuara Isu Palestin

19 Nov 2023 • 10:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Di mana lagi kita boleh suarakan solidariti untuk Palestin jika tidak gunakan media sosial? Tanpa mengira jumlah pengikut, kita sebagai orang biasa menggunakan medium ini untuk buka mata dunia. Samalah seperti pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad.

Bagaimanapun, akaun TikTok milik Uyaina telahpun disekat secara kekal. Itulah luahan yang dikongsikan Uyaina di aplikasi X di mana dia terpaksa mengwujudkan akaun baru selepas pihak TikTok mengesahkan sekatan kekal itu.

“Akaun TikTok saya telah diharamkan secara kekal.” – Uyaina.

image is not available

Uyaina yang sudahpun mempunyai lebih 600,000 orang pengikut itu bagaimanapun tidak berputus asa dan sudahpun mengwujudkan satu lagi akaun TikTok yang baru.

Tak apa, kita cuba lagi. Buat dan post lagi.

Sekatan ini dilakukan pihak TikTok selepas mendakwa Uyaina sudah banyak kali melanggar Community Guidelines iaitu dengan menyampaikan kebenaran tentang Palestin. Apapun, korang boleh follow Uyaina sekarang dekat akaun TikTok baru dia bawah ni.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.