“Lantak kau lah bang” – Berdebat Isu Hamas, Sharnaaz Ahmad Malas ‘Layan’ Azhar Sulaiman

Entertainment
31 Oct 2023 • 11:08 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kenyataan pelakon senior Azhar Sulaiman yang mempertikai mengenai strategi pejuang Hamas di Palestin telah menarik perhatian netizen sehingga mengundang kritikan ramai.

Ia turut membuatkan pelakon Sharnaaz Ahmad yang lantang menyuarakan isu yang menimpa saudara kita di sana berasa kesal dengan pandangan Azhar yang seolah-olah tidak cerdik dan mula hilang rasa hormat.

image is not available

Bagaimanapun, Azhar dilihat tampil mempertahan pendapatnya mengenai isu terbabit dan menegur Sharnaaz kerana telah merendahkan intelektualnya.

image is not available

Susulan perdebatan yang tercetus, Sharnaaz mengambil langkah enggan menghiraukan pandangan yang dilontarkan Azhar memandangkan teguran yang diberikan tidak mendapat respons yang baik.

“Orang dah tegur cara habis berlapik, kalau tengok dah macam Usop Wilcha dah punya lembut. Tak! Tetap dia nak post juga, lantak kau lah bang.

“Pendapat kau kan, layanlah apa dalam kepala kau,” tulisnya Sharnaaz menerusi Insta Story.

image is not available

Selepas kritikan hebat yang diterima, Azhar kemudian memuat naik video di Instagram miliknya memohon maaf dengan menyatakan sokongan terhadap Palestin. Pun begitu, dia masih mempersoalkan tindakan Hamas yang menyerang Israel.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.