Akaun Twitter Kanye West Sekali Lagi Digantung Selama-Lamanya

TechnologyDigital
2 Dec 2022 • 2:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Antara tindakan awal yang diambil oleh Elon Musk selepas mengambil alih Twitter ialah menarik semula arahan penggantungan beberapa akuan pengguna dengan jumlah pengikut yang tinggi seperti Donald Trump dan Kanye West. Tetapi hari ini akaun Kanye West digantung semula selama-lamanya oleh Twitter kerana menghantar ciapan berbentuk ancaman.

Kanye menghantar ciapan berbentuk ancaman kepada KimDotCom dan Elon Musk selepas beliau ditegur kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam podsiar Alex Jones awal pagi tadi. West mengatakan beliau menyukai Adolf Hitler menyebabkan beliau menerima kecaman pengguna media sosial. Akaun beliau telah digantung oleh Twitter beberapa bulan yang lalu kerana mengeluarkan ancaman keganasan kepada kaum Yahudi.

Walaupun Musk berkata Twitter akan menjadi platform media sosial yang memberikan kebebasan bersuara, beliau menyedari kebebasan sebenar tidak boleh dikuatkuasakan untuk kandungan berbentuk kebencian mengakibatkan ramai pengiklan enggan berhenti menggunakan Twitter.