Proses mengembalikan semula akaun-akaun yang telah digantung di Twitter diteruskan oleh Elon Musk hari ini. Beliau mengumumkan akaun yang digantung akan dikembalikan semula sekiranya ia tidak pernah melanggar undang-undang atau terlibat menghasilkan kandungan spam.
Should Twitter offer a general amnesty to suspended accounts, provided that they have not broken the law or engaged in egregious spam?
Elon Musk sekali lagi melakukan undian menggunakan akaun peribadi beliau semalam dengan lebih 72% responden bersetuju penggantungan ditarik semula. Sebelum ini cara yang sama dilakukan untuk melihat sama ada pengguna Twitter bersetuju sekiranya Donald Trump dibenarkan kembali. Walaupun akaun telah diaktifkan semula, Trump enggan kembali kerana ingin kekal bersama Truth Social milik beliau.
Walaupun jumlah pengguna aktif harian Twitter kembali meningkat sejak diambil alih oleh Musk, laman masih berhadapan masalah pengiklanan yang semakin berkurangan kerana kerisauan mengenai masa depan platform.



