Lelaki muat naik kandungan berbaur perkauman ditahan

24 Nov 2022 • 3:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dipercayai memuat naik kandungan video berunsur perkauman ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Khamis.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pemilik akaun Twitter Zulfadzli@bumilangit kini direman tiga hari sehingga Sabtu ini.

"Pihak polis telah menahan suspek berusia 39 tahun yang memuat naik video mengandungi unsur perkauman dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di Malaysia.

"Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved