Akauntan Usia 29 Tahun Dilantik Sebagai Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong Ke-11

LocalPolitics
5 May 2026 • 12:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Akauntan berusia 29 tahun, Muhammad Faris Johari dilantik sebagai Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong ke-11.

Pelantikan tersebut dibuat mengikut istiadat kerapatan di Telaga Undang selepas dipilih secara bulat muafakat oleh Waris Nan Tua Klana Hulu bersama Ibu Soko-Ibu Soko Klana Hulu dan Waris-waris Klana Hulu.

Advertisement

uh

Menurut Waris Nan Tua Klana Hulu, Orang Kaya Dato’ Laksamana Shaharumzaman Dato’ Lela Bangsa Abdul Malek, istiadat berkenaan dijalankan pada 22 April lalu di bawah undang-undang teradat yang berasaskan prinsip berkeadilan, berundang, bersalasilah dan berteromba.

“Ia diperkukuh Ibu Soko Klana Hilir dan Waris Klana Hilir serta disaksikan Ibu Soko Waris Negeri, Waris Negeri, Dato’ Lembaga Lingkungan, To’ Buapak Lingkungan dan pegawai kerajaan.

“Pemilihan mengikut salasilah pada Fasal ke-27 Teromba dan Salasilah Negeri Sungai Ujong 1910 dan hukum adat ‘patuh tumbuh’ termaktub pada Fasal 5 Undang-undang Sungai Ujong,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Shaharumzaman berkata, berdasarkan Fasal 48 (VI) Teromba dan Salasilah Negeri Sungai Ujong 1910, pelantikan tersebut turut disahkan oleh Dato’ Andulika Mandakila Zainol Ariffin Ibrahim, Tua Lembaga Waris di-Darat yang sah dan diiktiraf Kerajaan Negeri Sembilan. – Berita Harian

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rain rave2026-05-05 11:30:15

Bukan Pesta Air, Singapura Dipuji Bawa Keindahan Dikir Barat Tarik Pelancong

The post Akauntan Usia 29 Tahun Dilantik Sebagai Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong Ke-11 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.