AKB48 bakal mempersembahkan solo terbaru dalam konsert eksklusif Japan Expo 2026

LocalEntertainment
25 Jul 2026 • 10:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: AKB48 bakal mempersembahkan solo terbaru dalam konsert eksklusif Japan Expo 2026

KUALA LUMPUR: Kumpulan idola terkenal Jepun, AKB48 bakal mempersembahkan solo terbaharu mereka berjudul Sukisshu secara langsung menerusi konsert eksklusif sempena Japan Expo Malaysia 2026 (JEMY 2026) pada hari ini.

Persembahan yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu dibawakan khas sebagai hadiah istimewa buat peminat sebelum lagu berkenaan dilancarkan secara rasmi di Jepun pada 19 Ogos depan.

Pihak penganjur memberitahu, konsert berkenaan dijangka menjadi tumpuan utama dengan kehadiran peminat dari seluruh negara serta rantau Asia.

“Sebagai hadiah istimewa kepada peminat, AKB48 akan mempersembahkan secara langsung solo terbaharu mereka berjudul Sukisshu sebelum ia dilancarkan secara rasmi di Jepun pada 19 Ogos 2026.

“Sebagai artis utama JEMY 2026, AKB48 dijangka menarik kehadiran peminat dari seluruh Malaysia dan rantau Asia,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Dalam pada itu, konsert ini memperlihatkan kemunculan semula AKB48 di Malaysia selepas hampir dua tahun sejak kejayaan konsert mereka di ibu negara pada 2024.

“Kemunculan ini menandakan persembahan pertama AKB48 di Malaysia selepas hampir dua tahun sejak kejayaan konsert kumpulan berkenaan di Kuala Lumpur pada 2024.

“Konsert ini memberi peluang kepada peminat tempatan menyaksikan secara langsung antara kumpulan pop Jepun paling berpengaruh dan diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Japan Expo Malaysia 2026 yang berlangsung dari 24 hingga 26 Julai di Dewan 6, KLCC turut dijadikan sebagai antara acara utama sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan kemasukan adalah percuma.

Acara berkenaan dianjurkan oleh Siam Connection Sdn. Bhd. dan G-Yu Creative Co. Ltd dengan sokongan Kedutaan Jepun di Malaysia, JNTO, JETRO, Japan Foundation Kuala Lumpur, Tourism Malaysia, serta MyCEB.

 

The post AKB48 bakal mempersembahkan solo terbaru dalam konsert eksklusif Japan Expo 2026 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved