“Akhir-Akhir Ini Banyak Hantaran Penuh Kebencian, Jadi..” – Syafiq Kyle Dedah Sebab Mimi Lana Minta Doa Anak Kembar

LocalFamily & Parenting
30 Aug 2025 • 10:02 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Syafiq Kyle memberi respons selepas isterinya, aktres Mimi Lana, memohon doa agar dikurniakan cahaya mata kembar.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, Mimi sudah lama menyimpan impian tersebut bahkan sebelum mereka berkahwin lagi. Katanya, keluarganya juga mempunyai sejarah melahirkan anak kembar, walaupun bukan dalam kalangan saudara terdekat.

image is not available

Katanya ketika ditemui pada majlis doa selamat dan pelancaran filem Malaikat Malam di Kuala Lumpur,

Dia memang dah lama impikan anak kembar. Doakan yang terbaik untuk dia. Saya rasa bagus juga dia muat naik hantaran tu supaya lebih ramai mendoakan.

Tambah Syafiq, perkongsian Mimi bukan sekadar luahan hasrat peribadi, tetapi juga bertujuan menyebarkan mesej positif di media sosial. Jelasnya,

Dia cakap akhir-akhir ni banyak hantaran penuh kebencian. Jadi dia nak ubah dengan sesuatu yang baik. Kalau ramai orang berdoa perkara baik, insya-Allah lebih mudah dimakbulkan.

Doakan buat mereka!

image is not available 2025-08-15 10:51:49

Timbul Spekulasi Hamil, Puteri Aishah Juga Minta Netizen Doa Mimi Lana Dapat Anak Kembar