Timbul Spekulasi Hamil, Puteri Aishah Juga Minta Netizen Doa Mimi Lana Dapat Anak Kembar

EntertainmentFamily & Parenting
15 Aug 2025 • 10:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Beberapa hari lalu, pelakon jelita Mimi Lana mencuri perhatian ramai apabila berkongsi hajatnya mahu dikurniakan anak kembar. Perkongsian itu nyata membuat peminat teruja dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Hari ini, sahabat rapatnya yang juga pelakon, Puteri Aishah, turut menyuarakan doa yang sama buat Mimi Lana menerusi satu hantaran di Threads. “Tolong doakan kawan saya Mimi Lana dapat baby twin guys! Saya nak Faliq ramai kawan ngehehehe AMIN!!!” tulis Puteri sambil menyertakan nada gurauan manja.

image is not available

Hantaran tersebut pantas mencuri perhatian netizen yang rata-rata menebak bahawa Mimi Lana mungkin sedang hamil. “Mimi Lana pregnant ke, Alhamdulillah” tulis seorang peminat. Tidak kurang juga yang mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar hasrat pelakon itu dimakbulkan.

Setakat ini, Mimi Lana masih belum mengesahkan khabar tersebut, namun peminat kekal teruja menantikan perkembangan terbaru daripada pasangan selebriti ini.

image is not available 2025-08-13 16:37:23

"Boleh Tak Semua Doakan Saya Dapat Bayi Kembar" - Mimi Lana