“Akhir zaman gais” – Netizen Persoal Motif Nurul Zahid ‘Post’ Gambar Wanita Tak Bertudung Di Mekah

Entertainment
19 Jul 2022 • 10:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila masuk bab agama, tentang aurat secara khusus, tidak dapat dinafikan ramai yang mempunyai pendapat berbeza.

Ia seakan menjadi sebuah perdebatan yang tiada hujung pangkal dan sering dibahaskan tanpa mengira siapa pun anda, tetapi jika anda merupakan individu yang dikenali, segala perbuatan anda diperhatikan dan kemungkinan untuk dikritik lebih tinggi.

Itulah yang terjadi kepada anak mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi iaitu Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Dia yang kini sedang berada di Tanah Suci Mekah memuat naik sebuah posting melalui Instagram miliknya di mana dia mengambil gambar seorang wanita secara tersorok kerana wanita tersebut menanggalkan tudungnya ketika berada di kafe Starbucks, Mekah.

“Semalam sy di Starbucks ZamZam Tower, MAKKAH. Sy terkejut pertama kali menyaksikan didepan mata sy seorang wanita dengan selamba melepaskan tudungnya.

Sy tak pasti dia beragama apa setelah Saudi membuka ruang ‘Tourists Visa’ adakah agama lain dibenarkan masuk ke Tanah Suci Mekkah? ATAU wanita ini sedang mengalami masalah mental?” tulisnya.

Dia juga berkata dia ingin menegur wanita tersebut tetapi dihalang oleh suaminya, dia juga melahirkan rasa hampa dan berkata menjaga agama itu adalah sesuatu yang sangat susah.

“Risau pasal aurat tapi kau post gambar dia?”

Mungkin posting tersebut bertujuan memberi pengajaran kepada semua umat Islam tetapi ramai netizen yang beranggapan perkara tersebut tidak perlu dan sedikit tersasar dari tujuan asalnya.

Ruangan komen posting tersebut telah dipadam, tetapi dimuat naik semula oleh netizen di Twitter dan ramai yang memberikan pendapat mereka pula.

image is not available

Hmm, kita doa je lah yang terbaik…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article