Akhirnya Berjumpa, Noor Nabila ‘Happy’ Amelia Layan Jebat Dengan Baik – “Wahhh Dah Ada Greenlight”

16 Nov 2023 • 1:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian Noor Nabila di Instagram menerusi akaun anaknya, Jebat Jayden meraih perhatian warganet selepas dia menunjukkan swafoto mereka berdua bersama Amelia Christie, teman wanita Sharnaaz Ahmad.

Menerusi hantaran itu, dua beranak tersebut mengucapkan terima kasih kepada Amelia kerana sudi meluangkan masa serta masak untuk mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jebat Jayden Ahmad (@jebatjayden)

Bukan itu sahaja, kakak kepada Neelofa itu turut berkongsi di Instagram story video mempamerkan Amelia melayan Jebat bermain badminton di dalam rumah.

Kata Nabila, anak lelakinya itu sangat gembira pada hari tersebut kerana dapat meluangkan masa bersama-sama dengan Amelia.

image is not available

Sementara itu, ramai warganet memuji Nabila atau mesra dengan panggilan Bella kerana berhati baik dan profesional demi kebahagiaan anaknya.

image is not available image is not available