Ramai Suka Tengok Gelagat Mesra Noor Nabila & Amelia - “Muka Pun Nak Sama, Salute Dengan Mommy Jebat”

16 Nov 2023 • 12:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Gelagat mesra usahawan Noor Nabila bersama pelakon, Amelia Christie yang merupakan teman wanita bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian netizen.

Lebih-lebih lagi apabila anak mereka iaitu Jebat Jayden juga kelihatan begitu akrab dengan Amelia.

Kemesraan mereka bertiga dapat dilihat menerusi beberapa foto terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagram @jebatjayden.

Foto tersebut merakamkan Nabila dan Amelia sedang tersenyum manakala Jebat pula menunjukkan wajah gembira apabila diapit oleh kedua-dua wanita itu.

“Terima kasih aunty Amelia masak untuk baby dan mommy hari ini,” maklum hantaran berkenaan.

Dalam pada itu, di ruangan komen pula rata-rata netizen menyukai hubungan baik antara Nabila dan Amelia.

Malah netizen juga mendapati raut wajah ketiga-tiganya hampir seiras antara satu sama lain.

Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 namun mereka bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.

Untuk info, Sharnaaz dan Amelia membuat kemunculan pertama sebagai pasangan kekasih ketika malam gala Polis Evo 3 pada Mei lalu.
image is not available