Akhirnya ‘Game’ Upin & Ipin Universe Bakal Lancar 17 Julai Ini

EntertainmentGaming
7 Jul 2025 • 11:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia upin Ipin Universe

Berita baik buat peminat setia Upin & Ipin! Permainan video rasmi Upin & Ipin Universe bakal dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai 2025. Comfirm kembalikan memori zaman kanak-kanak korang!

Menurut laporan Fuzz.my, permainan ini dibangunkan oleh Les’ Copaque Production dengan kerjasama Streamline Studios dan Streamline Media Group.

Upin & Ipin Universe: Dunia terbuka yang penuh nostalgia

image is not available

Berdasarkan treler rasmi di YouTube, pemain akan dibawa menyelami suasana Kampung Durian Runtuh dalam bentuk pengembaraan dunia terbuka.

Antara aktiviti menarik dalam permainan termasuk:

  • Memancing
  • Lumba kereta
  • Memasak
  • Bermain gasing
  • Berkebun dan banyak lagi!

Tersedia di pelbagai platform

image is not available

Yang bestnya, Upin & Ipin Universe boleh dimainkan di pelbagai platform utama:

  • PlayStation 4 & 5
  • Nintendo Switch
  • Steam & Epic Games Store

Permainan ini juga akan dikeluarkan dalam versi digital sahaja dan memudahkan peminat untuk mendapatkannya secara online.

Pssttt! Buat peminat setia animasi tempatan, inilah peluang untuk kembali ke dunia Upin & Ipin secara interaktif. Jangan lepaskan peluang merasai pengalaman kampung yang penuh kenangan ini dalam bentuk permainan video pula!

Kredit: Fuzz.my
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.