Akhirnya Harga Minyak Naik! Harga Runcit RON97, Diesel Naik 7 Sen Bermula Esok

LocalBusiness & Finance
18 Jun 2025 • 6:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas beberapa minggu, harga minyak tidak naik, akhirnya harga runcit RON97 naik 7 sen daripada RM3.07 kepada RM3.14 manakala harga diesel juga naik sebanyak tujuh sen daripada RM2.74 kepada RM2.81 seliter bermula esok hingga 25 Jun ini.

Mujur, harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

Kata Kementerian Kewangan (MOF)., harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter.

Bagaimanapun, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter .

MOF memaklumkan penetapan harga itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran serta menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak selain menyokong kestabilan harga.