Harga Runcit RON97, Diesel Meningkat 7 Sen Seliter

LocalBusiness & Finance
18 Jun 2025 • 5:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Harga Runcit RON97, Diesel Meningkat 7 Sen Seliter

Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa harga runcit bagi petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia dinaikkan susulan peningkatan harga pasaran minyak dunia.

Mulai 19 Jun hingga 25 Jun 2025, harga runcit petrol RON97 ditetapkan pada RM3.14 seliter, meningkat sebanyak 7 sen daripada RM3.07 seliter sebelum ini.

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga naik sebanyak 7 sen, daripada RM2.74 seliter kepada RM2.81 seliter.

Namun begitu, harga runcit petrol RON95 kekal tidak berubah pada kadar RM2.05 seliter. Manakala, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

Walaupun berlaku kenaikan, harga diesel di Semenanjung Malaysia masih rendah berbanding ketika ia diapungkan pada 10 Jun 2024, iaitu RM3.35 seliter.

Penetapan harga ini dibuat berdasarkan kaedah formula Automatic Pricing Mechanism (APM) yang digunakan secara mingguan bagi menyesuaikan harga dengan pergerakan pasaran minyak mentah global.

Kerajaan menegaskan bahawa pihaknya akan terus memantau situasi semasa pasaran serta menyelaras harga runcit produk petroleum bagi memastikan kestabilan harga di pasaran tempatan.

Dalam masa yang sama, Kerajaan komited untuk mengambil langkah bersesuaian demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

image is not available