Mesti ramai yang tak sabar nak tengok kemesraan Syamsul Yusof bersama isteri tercinta Ira Kazar kan?
Menurut laporan Harian Metro, Syamsul dan Ira tidak memuat naik apa-apa gambar mereka disebabkan mempunyai banyak ‘haters’ dia luar sana.
Malah, melalui laporan HM lagi, ketika berita Puteri Sarah menarik saman terhadap Ira sekeluarga, wanita itu ada memuat naik foto bersama Syamsul tetapi seminit selepas itu dipadam olehnya.
Dengar kata hantaran tu mendapat kecaman netizen. Itu sebab dia padam. Tapi, ada peminat sempat buat tangkap layar.
Gambar yang sempat di ‘screenshot’ pengikut Ira Kazar

Kalau korang lihat Instagram Syamsul pun sehingga ke hari ini masih belum ada gambar terbaru mereka berdua biarpun sudah bercerai dengan Puteri Sarah.
Kredit: Harian Metro

