“Takde modal ke?” – Gara-gara ‘Share’ Gambar Tomato Di TikTok, Ira Kazar Berbalah Dengan Netizen?

Entertainment
31 Jul 2023 • 5:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sudah tujuh bulan bergelar isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof, Ira Kazar kini sering menjadi tumpuan apabila sering berkongsi gambar masakannya di laman Instagram.

Bagaimanapun, Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin baru-baru ini menyelar tindakan seorang individu yang telah mengambil content miliknya dari Instagram lalu disunting ke aplikasi TikTok.

Difahamkan, pengguna TikTok itu berkongsi hantaran Ira di Instagram yang memaparkan dirinya sedang memasak tomato bakar untuk menyiapkan makan malam iaitu creamy tuscan chicken.

Tidak berpuas hati dengan tindakan pengguna TikTok itu, Ira meninggalkan komen dengan mempersoalkan tindakan individu berkenaan yang dianggap telah mengambil content orang lain demi meraih likes dan views.

“Admin b*tak likes dan views ke tu? Tak ada modal ke ambil content orang buat modal,” tulisnya.

Susulan itu, pemilik akaun tersebut membalas komen mengatakan perkongsiannya mengenai Puteri Sarah lebih banyak views berbandingnya.

Namun, Ira tampil menyelar tindakan pengguna TikTok itu supaya tidak lagi mengambil perkongsiannya di Instagram.

“Ok kalau macam tu jangan ambil content orang buat modal,” bidasnya.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi dan komen-komen yang ditinggalkan Ira telahpun dipadam.

Sekadar info, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi melangsungkan pernikahan dengan Syamsul pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.