'Akhirnya jadi mama dan papa.' Fila Amir timang baby A selepas lima tahun menanti

Family & ParentingLifestyle
15 May 2025 • 8:25 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PASANGAN dua benua, Fila Amir dan suaminya, Adama, selamat menimang cahaya mata sulung mereka semalam.



Khabar gembira itu dikongsikan oleh Fila atau nama sebenarnya Nur Afilah Amir Rusdi di media sosial miliknya.



"Assalamualaikum. We are finally papa and mama," tulisnya di laman Instagram.



Perkhabaran tersebut dikongsikan dengan beberapa momen berharga pasangan Malaysia–Guinea itu bersama cahaya mata mereka.



Anak kelahiran Kedah tersebut turut memuat naik hantaran di platform TikTok sambil memberi bayangan bahawa nama si kecil itu bermula dengan huruf A.



"Assalamualaikum. Alhamdulillah, kami menerima kehadiran cahaya mata kami hari ini. Baby A," tulisnya.



image is not available



image is not available



Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi rasa gembira atas kelahiran anak itu. Ramai yang mengucapkan tahniah kepada mereka dan memuji kecomelan anak pasangan ini.



Untuk rekod, Fila dan Adama bernikah pada tahun 2019. Kehidupan mereka sering mencuri perhatian netizen sejak Fila berkongsi kisah pertemuan pertama mereka di Pavilion, Kuala Lumpur.



Sebelum ini, pasangan bahagia berkenaan menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) setelah lima tahun menantikan zuriat sendiri.