“Akhirnya, Kita Bersama Semula” – Selepas 4 Tahun Terpisah, Sajat Dapat Peluk Semula Anak Angkat

LocalEntertainment
4 Sep 2024 • 11:42 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad bin Kamaruzzaman mengundang perhatian ramai apabila memuat naik foto bersama dua anak angkatnya iaitu Syaza dan Syahmi.

Menerusi hantaran foto terbabit, Sajat menyertakan kapsyen gembira akhirnya dapat bersatu semula dengan anak selepas hampir empat tahun terpisah.

Namun, Sajat tidak memberi perincian mengenai lokasi pertemuan yang berlaku.

Terdahulu, usahawan ini pada tahun 2022 pernah membuat percubaan untuk berjumpa anak di Singapura.

Setibanya di Lapangan Terbang Changi, Sajat diminta patah semula ke Australia kerana permohonan visa untuk masuk ke Singapura belum lulus.

image is not available

Difahamkan, kedatangannya ke Singapura ketika itu untuk menghadiri sebuah acara dan Sajat mengambil kesempatan itu untuk bertemu anak tetapi tidak kesampaian.

Jelas Sajat, dia tidak dapat membawa anak menetap di Australia bersamanya disebabkan dokumen pengambilan anak angkat bukan dibuat di atas namanya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Nur Sajjad Kamaruzzaman