Hampir Tiga Tahun Terpisah, Sajat Sebak Akhirnya Dapat Jumpa Anak-Anak - “Finally… We Be Together Again”

3 Sep 2024 • 8:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selepas hampir tiga tahun berpisah, akhirnya hajat usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman untuk bertemu dua anak angkatnya iaitu Syaza dan Syahmi tercapai.


Gembira jumpa anak-anak

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman meluahkan rasa gembira menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.

 

Hantaran itu juga disertakan dengan foto Sajat sedang memeluk kedua orang anak angkatnya sambil tersenyum.

 

“Finally… We be together again,” tulisnya ringkas.

 

Bagaimanapun, setakat ini Sajat tidak memberikan sebarang info lanjut mengenai pertemuan mereka.

 

 

 

 

 

Sementara itu, di ruangan komen, rakan artis juga turut memberikan emoji berbentuk hati berwarna merah.

 

Antaranya Fasha Sandha, Diana Danielle, Adira Suhaimi dan Nabila Huda.

 

 

Selain selebriti, netizen juga turut mengucapkan tahniah dan memberikan kata-kata semangat buat Sajat.

 

Sebelum ini, Sajat diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pada 23 Februari 2021 kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

 

Usahawan kosmetik itu bagaimanapun berjaya melarikan diri ke Thailand sebelum terbang ke Sydney, Australia dan menetap di sana pada Oktober pada tahun yang sama.