Akhirnya Lelongan Rumah Farid Kamil Ditarik Balik Atas Sebab Ini

LocalEntertainment
11 Jan 2025 • 12:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Farid Kamil

Rumah berkembar dua tingkat di Bandar Saujana Putra, Jenjarom yang didakwa milik pelakon terkenal, Farid Kamil tidak jadi dilelong. 

Lelongan yang dijadualkan berlangsung pada 22 Januari ini ditarik balik selepas penyewa menyelesaikan baki tunggakan sewa kepada bank.

Rumah Farid Kamil selamat dari lelongan

image is not available

Menurut laporan Berita Harian, pengurus Farid iaitu Azahari Hamid mengesahkan perkara ini melalui mesej ringkas pihak mereka.

Sudah selesai. Bayaran dibuat dan lelongan yang dijadualkan 22 Januari ditarik balik.

Namun, jumlah baki tunggakan tidak didedahkan atas alasan privasi.

Kekecohan terdahulu

image is not available

Sebelum ini, iklan lelongan harta di akhbar menarik perhatian ramai apabila nama Farid Kamil Zahari tertera sebagai pemegang hak ke atas kediaman tersebut. 

Rumah teres dua tingkat dengan keluasan 1,760 kaki persegi itu bakal dilelong pada harga permulaan RM522,000.

Spekulasi tentang masalah kewangan mula timbul apabila penerbit MIG, David Teo menyatakan hasrat ingin membeli rumah itu jika Farid memerlukan bantuan. 

#OhmediaNasihat

Hutang adalah tanggungjawab yang perlu diuruskan dengan bijak untuk mengelakkan masalah lebih besar seperti lelongan harta. Sentiasa pantau kewangan anda, dan jika menghadapi kesulitan, segera cari jalan penyelesaian. Jangan segan untuk meminta bantuan atau rundingan dengan pihak berkaitan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian