“Kalau Dia Ada Masalah, Patutnya Beritahu Saya…” – David Teo Terkilan Rumah Farid Kamil Bakal Dilelong

LocalEntertainment
10 Jan 2025 • 11:20 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) dan pelakon, David Teo memberitahu dia terkilan mengenai berita lelongan kediaman Farid Kamil adalah benar.

Kalau Farid ada masalah, sepatutnya dia beritahu saya. Mungkin saya boleh beli rumah tu daripada dia.

 

Rugilah rumah ini terpaksa dilelong kerana nilainya sudah dua kali ganda berbanding ketika dibeli 10 tahun lalu.

image is not available

Saya sanggup beli daripada Farid dan berikan jumlah yang dimahukan. Kemudian saya boleh jual semula rumah itu.

 

Tapi sekarang dah tak boleh buat apa-apa sebab rumah bakal dilelong.

Menurut Berita Harian, David turut berkata, difahamkan Farid tidak lagi menginap di rumah berkenaan, sebaliknya menyewakannya kepada bekas pekerja.

 

David menambah, dia membayar wang pendahuluan untuk kira-kira 30 kakitangan sebagai hadiah berikutan kecemerlangan kutipan filem terbitan MIG pada ketika itu.

Kami berhubung pun hanya berkaitan kerja, dia hubungi saya minta diberikan watak hero dan saya tawar berlakon dalam filem Bisikan Dosa.

 

Selain itu, saya memang tidak ambil tahu mengenai soal kehidupan peribadinya.

Sebelum ini, media melaporkan milik rumah Farid Kamil bakal dilelong.

image is not available 24 hours ago

"Penyewa Yang Bayar Ansuran Pinjaman Sejak 2019" - Farid Kamil Tak Tahu Rumah Bakal Dilelong