Akhirnya Saya Dipertemukan Seorang Imam, Mas Idayu Sebak Selepas Selamat Bergelar Isteri

16 Sep 2022 • 6:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mas Idayu kini sah bergelar isteri kepada Muhamad Sufian Isa. - Gambar dari media sosial

Penyanyi dangdut, Mas Idayu, 50, tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja dia selamat bergelar isteri kepada Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Isa, 51, pada majlis akad nikah yang berlangsung di Quill City Mall, kira-kira jam 10.40 pagi. 

Barangkali, dia sendiri tidak menyangka bahawa selepas 17 tahun melayari hidup sendirian dengan berstatus ibu tunggal, akhirnya ditemukan pasangan hidup oleh Tuhan. 

image is not available

“Selepas 17 tahun melayari kehidupan solo, akhirnya saya dipertemukan seorang lelaki yang akan menjadi imam kepada keluarga selepas ini,” katanya, memetik laporan Utusan Malaysia. 

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Jamek Kampung Baru, Aziz Abd Hamid berwalikan bapa penganting, Mesnun Hassan. 

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,001, selain lima dulang hantaran berbalas tujuh. Majlis pernikahan itu juga dihadiri hampir 100 tetamu termasuk keluarga dan rakan terdekat. 

image is not available

Menurut Mas Idayu lagi, dia tertarik dengan Sufian kerana sifat kelakar yang ada pada lelaki itu. 

Pasangan itu saling mengenali sejak bekerjasama dalam program Mentor 3 pada 2008, namun mula menjalani hubungan serius pada tahun ini. 

Sebelum ini, Mas Idayu pernah mendirikan rumahtangga dengan aktor, Aman Graseka pada 1997 tetapi kemudian bercerai pada 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Daiyini Asyiqa, 25 tahun.  – Getaran, 16 September 2022