Akhirnya STR Fasa 1 Akan Dikreditkan, Kadar Bantuan Bagi Isi Rumah Dan Bujang Dinaikkan!

LocalBusiness & Finance
21 Jan 2025 • 12:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Pembayaran STR

Berita baik buat rakyat Malaysia! Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan mula disalurkan esok dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.3 bilion dan lebih tinggi berbanding RM2.1 bilion pada tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Kementerian Kewangan (MOF) berkata yang penerima STR akan menerima bantuan ini melalui pengkreditan terus ke akaun bank atau secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan kategori kelayakan masing-masing.

Secara keseluruhan, program STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 akan memberi manfaat kepada hampir sembilan juta penerima.

Kadar bantuan STR dinaikkan

image is not available

Kerajaan telah meningkatkan kadar maksimum STR untuk isi rumah kepada RM4,600, iaitu kenaikan hampir 25% berbanding RM3,700 pada tahun lepas. 

Bagi golongan bujang pula, kadar bantuan kini dinaikkan kepada RM600 daripada RM500 sebelum ini.

Perdana Menteri tekad kerajaan untuk kebajikan rakyat

image is not available

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa peningkatan bantuan ini mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam membantu rakyat mengharungi peningkatan kos sara hidup.

Kerajaan MADANI berharap peningkatan sumbangan ini dapat membantu rakyat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera.

Permohonan baharu STR & kemaskini dibuka

image is not available

MOF turut memaklumkan bahawa permohonan baharu dan kemas kini STR akan dibuka sepanjang tahun. Pemohon boleh membuat permohonan di portal rasmi STR.

Peringatan juga diberikan kepada orang ramai supaya berwaspada terhadap pautan palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

#OhmediaNasihat

Manfaatkan bantuan ini dengan bijak untuk keperluan harian yang penting. Sentiasa berhati-hati dengan penipuan dalam talian dan pastikan rujuk sumber rasmi untuk maklumat lanjut.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


The post

appeared first on

.