
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Masihkah anda ingat dengan program realiti popular, Akademi Fantasia (AF) pada suatu ketika dahulu?
Program yang mencipta fenomena ini nyata mendapat tempat di hati ramai malah setiap peserta mempunyai kelab peminatnya tersendiri seperti artis popular.
Selain pemilihan lagu setiap minggu dan persembahan peserta, antara segmen yang paling dinanti-nantikan adalah ketika proses penyingkiran.
Pada ketika itu, satu beg akan dibawa ke atas pentas berdasarkan undian penonton yang paling rendah.
Sehingga kini, masih ramai yang tertanya adakah beg yang dibawa ke atas pentas sememangnya terisi dengan barang peserta atau hanya wayang semata-mata.
Nana Mahazan Beri Penjelasan Kisah Sebenar Bagasi Milik Peserta Tersingkir
Terbaharu, bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama, Nana Mahazan, tampil menjawab persoalan ramai tentang bagasi milik peserta tersingkir.
Dia yang juga bekas penyampai radio Era FM menjelaskan perkara itu ketika menjawab soalan pengikutnya tentang isi sebenar beg bagasi tersebut di TikTok, @nanamahazan.
Jelas Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, sememangnya dia dan peserta lain ketika musim pertama telah bersedia mengemas barang pada setiap minggu.
“Untuk AF lain saya tak tahu, untuk AF1 memang setiap minggu kita kena kemas beg. Memang beg yang diletakkan atas tu adalah beg pelajar yang tersingkir.
“Cuma saya dengar lepas AF yang akan datang tu, dia letak je beg siapa-siapa secara random. Bila siapa tersingkir, dia bagi beg yang betul,” jelasnya.
Tak Keluarkan Baju Dari Beg Sejak Minggu Ketiga
Jelas Nana yang tersingkir pada minggu ketujuh, para peserta sememangnya telah bersedia dan tidak akan mengeluarkan pakaian dari dalam beg sejak minggu ketiga lagi.
Malah, mereka yang tersingkir juga tidak akan berjumpa dengan peserta lain sehinggalah tamat program.
“Memang betul, kita AF1, setiap minggu beg kita kena kemas, keluar daripada Akademi tu, memang kena pack.
“Masuk minggu ketiga, kitaorang dah tak keluarkan baju dalam beg, sebab tahu setiap minggu kena pack beg bawa pergi konsert.
“Siapa yang tersingkir, itulah beg kita ambil dan kita akan terus keluar, memang kita tak akan jumpa dah sampai Akademi Fantasia tu habis,” jelasnya.
Replying to @Fakhrul
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Puas Hati Persoalan Akhirnya Terjawab
Video yang telah mendapat lebih 353,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa lega apabila persoalan mereka berhubung perkara ini akhirnya terjawab.
Tidak hanya itu, ada yang berpendapat program Akademi Fantasia Musim Pertama lebih ‘real’ dan tiada drama.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Tu Dia, Alumni AF Dah Bagi Jawapan, Akhirnya Dah Boleh Tidur Dengan Tenang”

“AF1 Memang Genuine, Tiada Fake Ye, Diorang Dekat Dalam Tak Tahu Apa-Apa Dekat Luar”

“AF1 Je Telus, Yang Lain Drama Sebab AF1 Diorang Tak Tahu Ada Kamera Kalau Tak Silap”

“Memang Betul Tak Dapat Tahu Luggage Siapa Ke Dekat Depan Tu? Mesti Dah Tahukan Bagasi Siapa Sebenarnya”

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Buat Parodi Imbau Zaman Persembahan Akademi Fantasia Bikin Ramai Boleh Relate [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Adalah Rezeki” -Selepas Kek, Kini Mila Jirin Ceburi Bisnes Jual Durian
Source:

