Akhyar Rashid Cedera Selepas Disamun

3 May 2024 • 9:20 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Akhyar Rashid dikelilingi beberapa individu selepas disamun dan dipukul. - gambar media sosial

Sehari selepas menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25, pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid didakwa menjadi mangsa samun dalam kejadian di Terengganu.

Melalui satu rakaman yang tular, kelihatan pemain kelahiran Kedah itu dirawat dipercayai di Unit Kecemasan, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu.

Kelihatan, pemain yang menyertai Terengganu FC (TFC) untuk musim ini selepas dipinjamkan daripada Johor Darul Ta'zim (JDT), itu mengalami kecederaan di kepalanya selepas dipercayai dipukul dengan cota. – Getaran, 3 April 2024

@getaranmy Pemain bola sepak negara Akhyar Rashid dilaporkan telah disamun dan dipukul di kepala dengan cotal dalam satu kejadian di sekitar Kuala Terengganu pada malam Khamis. Dalam satu video yang tular, Akhyar dilhat berada di Unit Kecemasan, Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan. Video & Gambar: Orang Awam #getaranmy #viral ♬ Suspense, horror, piano and music box - takaya