
‘HIDUP sandar-menyandar umpama aur dengan tebing’ mungkin gambaran paling sesuai bagi pasangan suami isteri selebriti, Stacy dan Akim. Stacy, atau nama penuhnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 34, hujung minggu lalu berjaya mementaskan konsert solo mega pertamanya di Sabah.
Di sebalik kejayaan itu, individu yang menjadi tulang belakang pastinya adalah suaminya, Akim Ahmad, 34, yang juga merupakan seorang penyanyi.
Ditemui selepas konsert itu, Akim berkata, dia bersyukur dan gembira kerana Stacy berjaya melunaskan impiannya untuk mengadakan konsert sulung di negeri kelahirannya sendiri.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Vokalis kumpulan Akim & The Majistret itu berkata kejayaan terbabit adalah hasil kerja keras isterinya sendiri. Sebagai suami, kata Akim, tugasnya adalah untuk meringankan serba sedikit beban yang perlu digalas Stacy sepanjang tempoh persiapan menjelang konsert itu
