Akmal ‘Old Money’ infak RM20,000 makanan berbuka puasa

LocalFood
3 Mar 2025 • 10:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Akmal

SHAH ALAM - Sebanyak RM20,000 sumbangan bagi tajaan berbuka puasa di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong telah disalurkan oleh personaliti media sosial yang dikenali sebagai Akmal ‘Old Money’.

Menurut perkongsian daripada akaun Thread Azmir44, Akmal telah menempah 40 slot sumbangan berbuka puasa di mana setiap slot bernilai RM500.

“Jumlah keseluruhan sumbangan tersebut membolehkan lebih daripada 1,000 jemaah menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh pihak masjid.

“Inisiatif murni ini bukan sahaja meringankan beban pihak masjid tetapi membolehkan golongan kurang berkemampuan menikmati juadah dalam suasana harmoni dan penuh keberkatan,” katanya.

Difahamkan, Akmal juga antara individu terawal yang mengambil peluang menaja juadah berbuka puasa tersebut.

Sebelum ini, Akmal pernah tular di media sosial kerana penglibatannya dalam komuniti gaya hidup dan fesyen yang mencerminkan kekayaan turun-temurun atau ‘Old Money’.

Selain itu, penampilannya di salah sebuah rancangan pertandingan nyanyian pada Februari lalu turut mendapat pujian ramai selepas dilihat segak mengenakan sut berwarna putih dipadankan dengan kemeja hitam yang menonjolkan gaya maskulin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved