Akmal Saleh, Dira antara 10 ADUN angkat sumpah Exco Melaka, Ridzuan wakil tunggal PN

LocalPolitics
19 Nov 2026 • 4:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

ADUN Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh dan ADUN Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira, antara 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka pada Khamis, 19 November.

Image from: Akmal Saleh, Dira antara 10 ADUN angkat sumpah Exco Melaka, Ridzuan wakil tunggal PN

Foto: Berita Harian

Memetik laporan Sinar Harian, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu berlangsung di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri, di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

ADUN Bukit Katil, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, menjadi satu-satunya wakil Perikatan Nasional (PN) dalam barisan Exco bagi penggal ke-16.

Sehari sebelum istiadat itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, mengesahkan tarikh angkat sumpah selepas bertemu 24 ADUN Barisan Nasional (BN) dan PN di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Turut mengangkat sumpah ialah Datuk Rais Yasin (Sungai Udang), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (Telok Mas), Datuk Fairul Nizam Roslan (Asahan) dan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (Ayer Molek).

Barisan Exco itu turut dianggotai Datuk Lim Ban Hong (Klebang), S Nadarajah (Gadek) dan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (Ayer Limau).

Pelantikan itu menyusuli Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November lalu, yang menyaksikan BN dan PN meraih 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Empat kerusi selebihnya, iaitu Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir dan Kota Laksamana, dimenangi DAP daripada Pakatan Harapan (PH).

Ab Rauf terlebih dahulu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka bagi penggal kedua pada Ahad, 15 November.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved