Akmal Saleh guna ‘dana saman’ beli kerusi roda kanak-kanak hidap Cerebral Palsy

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 11:35 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menggunakan dana sumbangan orang ramai daripada kutipan saman Teresa Kok untuk membantu sebuah keluarga yang mempunyai anak menghidap Cerebral Palsy (CP).

Perlukan kerusi khas untuk anak yang hidap Cerebral Palsy

Menerusi perkongsian video, Akmal bertemu keluarga adik Malisa berusia lebih tiga tahun yang memerlukan kerusi khas bagi memberikan keselesaan kepadanya.

Difahamkan, bapa Malisa bekerja sebelum ini pencuci, manakala ibunya pula mencari rezeki sebagai pengasuh kanak-kanak di rumah.

Beri bantuan kerusi roda, sedikit sumbangan kepada keluarga

Menurut maklumat yang dikongsi, Malisa memerlukan kerusi khas bersesuaian dengan keadaan fizikalnya, dengan kos pembelian berjumlah RM2,300.

Bagi membantu meringankan beban keluarga tersebut, Akmal menyampaikan sumbangan RM2,300 untuk pembelian kerusi berkenaan, selain tambahan RM5,000 bagi kegunaan keluarga itu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan kepada keluarga Malisa sebanyak RM7,300.

Image from: Akmal Saleh guna ‘dana saman’ beli kerusi roda kanak-kanak hidap Cerebral Palsy

Dalam perkongsian itu juga, Akmal turut menjelaskan bahawa wang berkenaan merupakan hasil sumbangan orang ramai dan bukannya wang peribadinya.

Dana tersebut disalurkan kepada individu serta keluarga yang memerlukan bantuan.

Image from: Akmal Saleh guna ‘dana saman’ beli kerusi roda kanak-kanak hidap Cerebral Palsy

Beliau turut berpesan agar keluarga Malisa menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang dan mendoakan kesejahteraan mereka.

Sumbangan itu diharapkan dapat membantu menyediakan kemudahan yang diperlukan Malisa, selain meringankan beban kewangan keluarganya dalam menguruskan keperluan harian.

Difahamkan, Akmal juga menggunakan dana yang diperoleh daripada sumbangan orang ramai itu untuk membantu beberapa pihak lagi.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Merlimau itu telah membuka bidaan kepada orang ramai untuk mencukupkan jumlah wang ganti rugi yang perlu dibayar kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berjumlah sekitar RM300,000 susulan kes melibatkan mereka.

Walau bagaimanapun, Akmal meluahkan rasa syukur apabila ramai yang tampil membida ikan tilapia peliharaannya dan motosikal kesayangan sehingga dana yang diterima lebih daripada jangkaan.

Susulan daripada itu, beliau menggunakan dana tersebut untuk membantu pihak lain dan dikongsikan di media sosial.

Sumber: Facebook Akmal Saleh 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved