Akmal Saleh Persoal Pengasas KK Mart Sertai Lawatan PM Ke Uzbekistan

Politics
23 May 2024 • 2:35 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penglibatan pengasas kedai serbaneka KK Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Uzbekistan bagi lawatan rasmi baru-baru ini dipersoal.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh memuat naik tangkap layar yang memaparkan laporan di sebuah portal berhubung pengasas tersebut yang dilihat turut menyertai lawatan rasmi berkenaan.

image is not available

Foto: Harian Metro

Dalam kenyataannya, Akmal dilihat mempersoalkan tentang keberadaan individu terbabit kerana beliau berpendapat bahawa masih banyak pemilik kedai serbaneka lain yang lebih layak untuk dibawa bersama.

“Punyalah banyak kedai yang jauh lebih baik seperti Speedmart, Mynews,7-Eleven,Ikhwan Mart dalam Malaysia ini KK Mart juga jadi pilihan dibawa ke sana,” katanya pada Rabu.

image is not available

Foto: China Press

Namun pada masa sama, Ahli Parlimen Merlimau itu meminta agar tidak ditanyakan soalan mengenai penyertaan Chai memandangkan beliau bukan orang yang bertangunggjawab untuk perkara berkenaan.

Akmal juga menegaskan bahawa jika dirinya merupakan Perdana Menteri, pihak terbabit tidak akan diberi peluang untuk turut serta dalam lawatan itu memandangkan beliau masih memboikot kedai serbaneka tersebut.

image is not available

“Kenapa? Jangan tanya saya,boleh tanya terus pada pejabat Perdana Menteri.
“Kalau saya,memang tak merasa lah dia ikut sekali,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Sin Chew Daily melaporkan dalam satu kenyataan bahawa Chai menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara serta menggalakkan aktiviti perdagangan dan pelaburan.

Sumber: Facebook Dr Akmal Saleh