Akmal Saleh tak gentar! Sanggup hadapi demi maruah Jalur Gemilang

LocalPolitics
22 Aug 2025 • 4:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau tidak gentar berdepan pertuduhan di mahkamah berhubung kenyataannya mengenai isu Jalur Gemilang terbalik.

Menurut beliau, tindakan itu bukan bermotifkan politik atau perkauman, sebaliknya demi mempertahankan maruah bendera negara.

“Saya akan ambil tanggungjawab sepenuhnya berhubung pertuduhan yang dikenakan terhadap saya dan tak takut untuk menghadapi perbicaraan.
“Bagi saya ini bukan soal politik, bukan soal perkauman tetapi ini soal nak menjaga maruah Jalur Gemilang kita,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

image is not available

image is not available

Akmal Saleh tak gentar

Dalam masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menyeru rakyat supaya berani menegur sebarang kesalahan walaupun berdepan risiko tindakan undang-undang.

“Saya nak menyeru juga kepada semua rakyat Malaysia, jangan takut untuk tegur apa-apa kesalahan.
“Kalau hari ini tuduhan yang dikenakan kepada saya untuk menakut-nakutkan kamu, percayalah, saya akan tanggung segala-galanya,”ujarnya.

image is not available

Beliau turut menegaskan bahawa negara ini adalah milik semua rakyat tanpa mengira bangsa.

“Ini adalah bukan negara saya seorang. Ini bukan negara orang Melayu sahaja. Ini bukan negara orang Cina sahaja. Ini adalah negara kita semua sebagai rakyat satu Malaysia,”ujarnya lagi.

Sumber: FB Akmal Saleh