
Kota Kinabalu: Bendahari Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata akomodasi politik kunci ke arah membawa kestabilan politik dan kemajuan di negeri ini.
Berucap dalam Seminar Kepimpinan anjuran Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), bekas Ketua Menteri itu berkata PBRS terus memainkan peranan penting sebagai suara masyarakat luar bandar.
Salleh mengimbas kembali sejarah penglibatan PBRS dalam BN, dengan menekankan komitmennya terhadap prinsip kesetiaan, kestabilan serta perjuangan untuk kepentingan rakyat luar bandar, khususnya di pedalaman.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“PBRS kekal konsisten dalam Barisan Nasional dan terus menjadi jambatan penting antara rakyat luar bandar dengan arus pembangunan nasional,” katanya.
Mengulas perubahan landskap politik di peringkat negara dan negeri, Salleh berkata realiti politik baharu memerlukan pendekatan baharu berteraskan akomodasi politik.
Beliau menggariskan tiga keutamaan utama yang perlu menjadi asas perjuangan iaitu membina naratif pembangunan berasaskan keperluan sebenar rakyat, memperjuangkan autonomi Sabah dalam kerangka Perlembagaan Malaysia dan memfokuskan usaha mendekati generasi muda dan membudayakan politik yang matang dan progresif.
Beliau menyeru pemimpin PBRS agar kekal komited dalam memainkan peranan strategik bagi membangunkan semula kekuatan BN di Sabah.
“Politik bukan sekadar soal mendapatkan kuasa tetapi tentang membina kepercayaan dan masa depan rakyat. PBRS memikul tanggungjawab besar dalam membentuk hala tuju baharu politik di Sabah dan Malaysia,” katanya.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden PBRS Datuk Richard Kastum, Ketua Wanita PBRS Datin Zainon Zayum Khan dan Ketua Penerangan PBRS Datuk Freddie Sua, serta lain-lain.
