AKPS gagalkan cubaan masuk 108 warga asing di KLIA

12 Mar 2025 • 8:34 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seramai 108 warga asing yang tiba di KLIA, ditolak kemasukan ke Malaysia selepas gagal mematuhi syarat.

image is not available
AKPS melakukan pemeriksaan dokumen pada setiap warga asing yang ditahan di KLIA, pada Selasa.

SEPANG - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan masuk 108 warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas mereka gagal memenuhi syarat kemasukan ke negara ini.

Dalam kenyataan pada Rabu, AKPS memaklumkan kesemua individu terbabit dipercayai datang ke Malaysia untuk bekerja tanpa dokumen yang sah.

“Mereka ditahan dalam operasi pemantauan dan penguatkuasaan di beberapa lokasi utama KLIA, termasuk Balai Ketibaan Antarabangsa, pada Selasa.

**media[3041604]**

"Kesemua yang ditahan terdiri daripada 63 lelaki dan seorang wanita warga Pakistan, 44 lelaki warga Bangladesh serta 17 lelaki dan seorang wanita warga India," katanya.

Menurut kenyataan itu, kesemua individu terbabit telah dibawa ke Pejabat Operasi AKPS KLIA untuk siasatan lanjut sebelum ditolak kemasukannya ke negara ini.

“Tindakan tegas seperti ini menunjukkan komitmen pihak berkuasa dalam memastikan hanya individu yang memenuhi syarat dan peraturan ditetapkan dibenarkan masuk ke Malaysia,” katanya.