Lelaki Indonesia 'kantoi' seludup burung Sewah Tahu dalam paip PVC

LocalEnvironment
10 Mar 2025 • 6:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan di KLIA Terminal 2 pada Isnin, berhubung kes cubaan menyeludup spesies burung dilindungi.

image is not available
Burung spesies Sewah Tahu yang dirampas AKPS susulan penahanan seorang lelaki di KLIA Terminal 2, Sepang pada Isnin.

SEPANG - Seorang lelaki warga Indonesia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) selepas cuba menyeludup lima ekor burung spesies dilindungi, Sewah Tahu, menggunakan paip PVC yang disembunyikan dalam bagasi.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) KLIA dalam satu kenyataan berkata, suspek berusia 47 tahun dijadualkan menaiki penerbangan ke Surabaya sebelum ditahan ketika pemeriksaan pada jam 9 pagi, Isnin.

"Pemeriksaan bersama Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) KLIA2 mendapati bagasi suspek mengandungi lima burung Sewah Tahu yang diisi dalam paip PVC.

"Suspek gagal mengemukakan dokumen sah untuk membawa keluar hidupan liar berkenaan," katanya.

**media[3039554]**

Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 71 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan semua burung telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

"Pihak berkuasa memberi amaran keras kepada mana-mana individu yang cuba menyeludup hidupan liar. Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan biodiversiti negara terus terpelihara," tambah kenyataan itu.