AKPS Sahkan Video Tular & Akaun TikTok ‘Haily Only’ Adalah Palsu

LocalPolitics
27 Feb 2026 • 10:37 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) baru-baru ini mengesahkan bahawa video tular dan akaun media sosial di TikTok menggunakan nama “@Haily Only Official” adalah akaun palsu dan bukan milik Ketua Pengarah AKPS.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan agensi tersebut, video tular itu dipercayai telah dimanipulasi menggunakan teknologi deepfake mungkin bertujuan untuk mengelirukan orang ramai serta menimbulkan persepsi seolah-olah kenyataan tersebut adalah rasmi daripada beliau.

 

image is not available

Dalam masa yang sama, AKPS turut mengesan beberapa lagi akaun media sosial lain yang tidak dimiliki atau diiktiraf oleh Datuk Seri Mohd Shuhaily, namun telah menggunakan wajah, nama dan video-video beliau bagi meraih publisiti.

Sehubungan itu, AKPS menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menggunakan nama, imej dan identiti Ketua Pengarah AKPS pada akaun media sosial yang tidak sah. Tindakan undang-undang juga bakal diambil tanpa sebarang kompromi.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan kandungan
palsu serta sentiasa merujuk kepada saluran rasmi AKPS untuk mendapatkan
maklumat yang sahih dan tepat.

Sumber : AKPS

Sumber: AKPS

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.