Akses 5 Hari Percuma PlayStation+ Diberikan Kepada Pelanggan Yang Terjejas Minggu Lalu

TechnologyGamingDigital
10 Feb 2025 • 7:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada Sabtu lalu perkhidmatan PlayStation Network terganggu sehingga 20 jam menyebabkan pemilik PlayStation bukan sahaja tidak dapat bermain secara atas talian tetapi permainan digital yang dimiliki menerusi PlayStation+ juga tidak boleh dimainkan kerana lesen tidak boleh disahkan. Lebih kritikal ialah pemacu Blu-Ray untuk PS5 Pro serta PS5 Slim turut tidak boleh membaca cakera permainan fizikal kerana tidak dapat disahkan di atas talian.

image is not available

Berhadapan dengan jutaan pelanggan PlayStation+ yang mengamuk, Sony mengumumkan pampasan dalam bentuk akses 5 hari percuma kepada semua pelanggan yang terjejas. Sony hanya mengatakan gangguan kepada rangkaian adalah disebabkan oleh isu teknikal dan bukan disebabkan oleh serangan penggodam seperti yang 2011 yang menyebabkan PSN tergendala selama 23 hari.

Walaupun akses percuma telah diberikan, ramai pelanggan yang masih merungut menerusi media sosial kerana merasakan pampasan yang diberikan tidak memadai. Gangguan berlaku pada hujung minggu yang mungkin dua hari mereka dapat menikmati permainan video dan bertindan dengan ujian Monster Hunter Wilds Beta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved