Aksi Berani Tentera Redah Arus Banjir Selamatkan 20 Mangsa Seorang Diri

LocalEnvironment
9 Dec 2025 • 12:24 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Aksi Berani Tentera Redah Arus Banjir Selamatkan 20 Mangsa Seorang Diri

Sersan Satu (Sertu) Giman Syahputra, seorang anggota tentera TNI yang bertugas di Koramil 02/Karang Baru Kodim 0117/Aceh Tamiang, menjadi tumpuan ramai selepas berjaya menyelamatkan 20 ahli keluarga di Desa Karang Baru, Aceh Tamiang.

Kejadian itu berlaku ketika desa tersebut dibadai banjir setinggi empat meter, sehingga pasukan penyelamat sukar melakukan operasi akibat derasnya arus air.

Berbeza dengan orang lain yang menunggu bantuan, Giman bertindak seorang diri. Beliau berulang-alik menyelamatkan mangsa, termasuk bayi, kanak-kanak, para wanita serta anggota keluarga lain yang terperangkap.

https://www.instagram.com/reel/DR8-DvaFYol/?igsh=aDAwb2JycjZqdjg5&fbclid=IwY2xjawOj0-pleHRuA2FlbQIxMABicmlkETFRcUZEaDdPa1NpODBFYm90c3J0YwZhcHBfaWQQMjIyMDM5MTc4ODIwMDg5MgABHjMX1ThDIMyKYWEimW_N8Ior1SRGvBgXMwLwiScDit-22x-Cv31xOhJ1P1Yb_aem_L4HP_cFJydW3F8lNzMjtMA

Kronologi kejadian

Menurut laporan media tempatan, insiden berlaku pada Selasa (2 Disember), ketika hujan lebat selama lima hari berturut-turut menyebabkan banjir susulan melanda Desa Karang Baru.

Air deras mengalir tanpa henti, memaksa pasukan penyelamat menghentikan usaha evakuasi demi keselamatan.

Giman yang ketika itu berada di rumahnya, terdengar jeritan meminta tolong berterusan sebelum menyedari ada keluarga yang terperangkap di atas bumbung rumah. Tanpa berlengah, Giman memutuskan untuk mengambil tindakan segera.

Beliau kemudian mencari cara untuk membuat alat bantu evakuasi. Melihat seorang penduduk berenang dari masjid, Giman meminjam beberapa alat termasuk pelampung untuk menyelamatkan mangsa.

Sempat ragu

Arus banjir ketika itu sangat deras, sehingga Giman sempat ragu-ragu sebelum menceburkan diri.

“Air deras sekitar 70 knot,” katanya.

Beliau mengambil masa kira-kira setengah jam untuk berjalan di atas kabel dari atap rumah sebelum akhirnya terjun ke arus deras sambil membawa tali tambang.

Dengan rakit buatan sendiri, Giman merapat ke rumah mangsa dan mula evakuasi satu per satu.

Keluarga yang diselamatkan terdiri daripada warga emas, ibu bapa, kanak-kanak dan bayi. Giman terlebih dahulu menyelamatkan bayi, kerana ibu mereka memeluk bayi itu selama dua hari dalam hujan tanpa henti.

“Kalau sampai malam tak diselamatkan, mungkin semuanya hilang,” ujar Giman.

Akhirnya, dalam masa 1.5 jam, beliau berjaya menyelamatkan 20 orang.

Mangsa dipindahkan ke rumah sendiri

Selepas diselamatkan, keluarga tersebut dibawa ke rumah Giman yang terletak di kawasan lebih tinggi. Mereka ditempatkan di tingkat atas bersama keluarga Giman sendiri.

Sebelum banjir berlaku, hujan lebat sudah berhari-hari melanda dan penduduk sebenarnya telah dinasihati untuk berpindah, tetapi mereka enggan.

“Dari awal suruh pindah, mereka tak mahu. Tak sangka banjir kali ini begitu besar. Tahun 2006 semasa Tsunami Aceh, paras air cuma dua meter, masih separuh,” jelas Giman.

Bantuan mulai masuk

Kini, keadaan di Desa Karang Baru beransur pulih. Akses jalan sudah dibuka dan pelbagai bantuan dari luar sudah mula masuk.