Aksi JDT-Buriram ibarat final ACLE

FootballSports
10 Mar 2025 • 3:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hector Bidoglio

image is not available
Ribuan penyokong dijangka membanjiri Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa, bagi menyaksikan aksi pusingan 16 ACLE, antara JDT dan Buriram United. - foto Johor Southern Tigers

PENGENDALI skuad Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio menyifatkan aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) berdepan Buriram United, di Stadium Sultan Ibrahim, pada Sabtu, ibarat aksi final yang mesti dimenangi skuad kendaliannya itu.

Justeru menurutnya, kesemua pemain akan turun berhabis-habisan dalam usaha merealisasikan kemenangan berkenaan ketika beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri.

"Perlawanan ini ibarat final buat kami. Ia akan melibatkan corak permainan yang menuntut ketahanan fizikal serta disiplin taktikal yang tinggi.

"Justeru, setiap pemain perlu turun dengan semangat juang tinggi, beraksi secara matang dan menjiwai perlawanan tanpa gentar menghadapi lawan.

"Selain itu, pemain perlu mengelak melakukan kesilapan kerana ia akan memberi ruang kepada lawan untuk mengambil kesempatan," katanya.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan sekadar terikat tanpa jaringan dalam dua pertemuan terdahulu iaitu pada 3 Disember 2024 dan 4 Mac 2025.

Tambah Bidoglio, aksi berdepan kelab yang berpangkalan di Thailand itu amat penting buat JDT, yang mengidamkan tiket ke suku akhir ACLE, kali ini.

**media[3039136]**

Namun, beliau tetap berwaspada dengan pendekatan taktikal yang bakal diterapkan oleh skuad kendalian Osmar Loss Vieira itu.

Sementara itu, Bodoglio berkata, JDT juga sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan, termasuk perlawanan berlanjutan ke masa tambahan atau penentuan sepakan penalti.

Bagaimanapun, katanya, matlamat utama kali ini adalah menyelesaikan perlawanan dalam tempoh 90 minit.

"Kami mahu menamatkan perlawanan dalam masa sebenar tanpa tambahan masa.

Namun, jika diperlukan, kami sudah bersedia untuk bermain lebih lama dan menghadapi sebarang situasi," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved