Aksi kurang sopan Matt Healy bukan kali pertama - Khairil Nizam

24 Jul 2023 • 7:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Khairil Nizam

KUANTAN - Tindakan ahli kumpulan The 1975 yang melakukan aksi jelik ketika konsert berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, pada Jumaat lalu perlu menjadi pengajaran kepada semua pihak di negara ini supaya berhati-hati membawa artis dari luar.

Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, kejadian tersebut bukanlah kali pertama membabitkan Matt Healy dalam konsertnya, malah perkara sama pernah berlaku di Dubai pada 2019.

Begitu juga pada 2022, katanya, perkara terbabit turut berlaku dalam salah satu konsert kumpulan tersebut iaitu North American Tour.

"Bukan sekadar bercium, penyanyinya, Matt Healy menyebarkan ideologi liberalnya dan mengkritik undang-undang Malaysia.

"Ini terbukti kenapa kita berhati-hati dalam membawa artis luar melakukan persembahan di negara ini terutama mereka yang berideologi dan melaksanakan LGBTQ," katanya dalam hantaran Facebook miliknya pada Ahad.

Dalam masa sama katanya, Perikatan Nasional (PN) tetap berpegang teguh pada prinsip agama, bangsa dan negara dan tidak sesekali berkompromi dengan isu-isu sedemikian.

"Kita berharap seluruh rakyat Malaysia bersama-sama dengan PN untuk mempertahankannya," tambah beliau.