
Terkedu dengan Axia memandu melawan trafik dan menyelinap antara kereta di Sabah
Aksi Perodua Axia Lawan Arah Trafik Di Sabah Tarik Perhatian Ramai. Baru-baru ini, satu hantaran tular di media sosial apabila seorang pemandu Perodua Axia berwarna putih dengan selamba memandu berlawanan arah trafik di Kota Kinabalu, Sabah. Tindakan berbahaya itu telah membuat ramai netizen tercengang dan terkejut.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, video itu dirakam di persimpangan lampu isyarat , di mana 2 lorong disediakan untuk pengguna jalanraya membelok ke kiri, manakala 2 lorong lagi untuk meneruskan perjalanan lurus.
Dalam video yang dirakamkan pada 29 Mei jam 3.07 petang, pemilik dashcam berada di belakang sebuah Perodua Alza menunggu lampu hijau untuk membelok kiri apabila tiba-tiba muncul sebuah Perodua Axia putih yang datang entah dari mana.
Selain itu, Perodua Axia putih itu memandu secara santai melawan arah trafik, malah menyelit masuk di lorong kosong di sebelah kiri pemilik dashcam.
Antara komen netizen terhadap insiden itu
Menjengah ke ruangan komen, ramai orang Malaysia tercengang dengan tindakan pemandu Perodua Axia itu dan terhibur dengan sikap bersahaja pemandu Axia putih melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan berbahaya itu.
Bukan itu sahaja, segelintir turut berseloroh dan menyatakan bahawa pemandu itu datang dari Zon Senja (Twilight zone), maka dari itu dia memandu berlawanan arah trafik.
Sementara itu, seorang lagi netizen berkata secara sarkastik, bertanya sama ada pemandu itu mabuk hingga melakukan perbuatan merbahaya seperti itu.

![Kisah Warga Emas Kutip Botol Terbuang Sejak 20 Tahun Lalu & Hias Di Rumah Tarik Perhatian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)