Aksi persahabatan semarakkan Program Kepolisan Komuniti

15 Apr 2026 • 3:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SIPITANG: Bagi menyemarakkan semangat kesukanan dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat, beberapa aktiviti sukan telah dianjurkan sempena Program Kepolisan Komuniti di Long Pasia antaranya perlawanan bola tampar dan bola sepak.

Ketua Polis Daerah Supt Awang Anak Suanda berkata berkata program tersebut diadakan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-219 Peringkat IPD Sipitang hujung minggu lalu.

Perlawanan bola tampar diadakan di gelanggang terbuka Kg. Long Pasia melibatkan pasukan PDRM Sipitang dan pasukan penduduk kampung.

“Perlawanan berlangsung dalam suasana santai namun kompetitif, dengan sorakan meriah daripada komuniti setempat dan aktiviti ini berjaya memupuk semangat berpasukan, disiplin serta interaksi mesra antara anggota polis dan Masyarakat,” katanya.

“Perlawanan bola sepak antara kedua pasukan pula diadakan pada sebelah petang yang juga boleh membina kepercayaan serta semangat kerjasama antara kedua-dua pihak.”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved