Aksi polis buang bangkai ular di tengah jalan tarik perhatian ramai

5 Dec 2023 • 3:36 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Aksi seorang anggota polis trafik mengalihkan seekor ular yang mati akibat dilanggar di tengah Jalan Kinabalu, arah utara, petang tadi telah menarik perhatian ramai.

Kejadian itu berlaku pada 1 petang tadi.

Dalam gambar-gambar yang dimuatnaik dalam Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu menunjukkan salah seorang anggota polis mengawal lalu lintas sementara seorang lagi mengutip bangkai ular terbabit.

Meskipun tidak dinyatakan apakah ular terbabit, namun saiznya agak panjang.

“Pada jam 1300hrs (1 petang), anggota JSPT KL membantu mengalihkan ular yang dilanggar oleh kenderaan orang awam di Jalan Kinabalu arah Utara,’’ kata JSPT.

Ular terbabit kemudiannya dibuang dalam longkang di tepi jalan. Ketika itu juga, jalan terbabit dipenuhi dengan kenderaan, apatah lagi ia adalah waktu puncak.

“Pergerakkan kenderaan masih lancar. Orang awam dinasihatkan berhati - hati di jalan raya dan mematuhi arahan petugas trafik yang sedang bertugas,’’ katanya. – 5 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved